Wednesday, 25 January 2017

Skim Piramid MLM

APA YANG MENARIK TENTANG FRANCAZURE?


1. CARA DAPAT INCOME LUMAYAN

Peringkat awal, anda hanya perlu mendapatkan hanya 5 orang dibawah anda (downline) bagi membantu anda untuk naik pangkat. Bagi peringkat ini, anda akan dapat bonus sebanyak RM500 bagi setiap downline dibawah anda. Setelah naik pangkat, anda akan dapat bonus RM3ribu bagi setiap downline anda. Jika anda ada 3 orang, jumlah bonus anda ialah RM9ribu. Jika anda ada 5 orang, jumlah bonus adalah RM15ribu pastinya milik anda.
Jumlah bonus di peringkat awal:
1 downline = RM500
5 downline = RM500 x 5
= RM2,500
Jumlah bonus setelah naik pangkat:
1 downline = RM3,000
5 downline = RM3,000 x 5
= RM15,000
Lumayan bukan? Lagi ramai downline anda, lagi tinggi bonus anda. Pendapatan anda boleh mencecah sehinggaRM20ribu, RM30ribu sebulan....malah lebih dari itu!

2. Anda berpeluang menjana pendapatan lumayan bergantung kepada usaha anda kerana telah ramai lahirnya jutawan dalam bisnes ini.


3. Dalam Francazure, kita mengamalkan konsep bantu membantu. Jangan takut anda tidak bersendirian kerana dalam Francazure kita adalah sebuah keluarga. Anda tidak keseorangan dan akan dibantu oleh upline / rakan bisnes anda.

4. Sekiranya anda menjadi ahli, bimbingan akan diberikan, ianya mudah, dan pastinya anda akan berjaya. Anda juga akan diberitahu setiap kali ada bisnes preview yang akan diadakan berhampiran kawasan tempat tinggal anda dan anda boleh datang dan belajar tentang bisnes ini. Anda akan dimaklumkan terlebih dahulu setiap aktiviti/event melalui upline anda.

5. Anda juga tidak perlu menjual produk, hanya gunakan untuk diri sendiri dan keluarga anda.


Beskan Francazure? Mudah,bonus lumayan, dan pastinya anda akan berjaya!...........


TENTANG FRANCAZURE

Produk Franczure atau dulu dikenali DCHL atau RZ corporation adalah berasaskan produk kesihatan dan kecantikan seperti minyak wangi aromaterapi dan produk kecantikan lelaki dan wanita bagi golongan elit, keluarga Diraja malah individu di Perancis suatu ketika dahulu iaitu pada tahun 1897 yang diinspirasikan oleh Mr. Maurice Berger atau lebih dikenali sebagai Lampe Berger, seorang ahli farmasi.

Mr Kim Huynh, Pengerusi DCHL yang berasal dari Taiwan telah menetap di Perancis selama hampir 40 tahun. Pada tahun 2000, beliau telah menubuhkan Ibu Pejabat DCHL di Taipei dan bertanggungjawab memperkenalkan produk tersebut ke Asia Tenggara dengan membuka 23 cawangan di 10 buah negara iaitu Taiwan, Jepun, China, Hong Kong, Filipina, Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia dan Australia serta mempunyai lebih 700,000 ahli.
Anda boleh layari website ini untuk info DCHL iaitu:
http://www.dchl.com

Monday, 23 January 2017

DCHL 'Sadang menukar imejnya' ke France Azure

DCHL 'looking to clean up its image'

Insider at distributor of beauty products says it will reform marketing tactics amid claims it is running a pyramid scheme

Sunday, 1 January 2017

Cerita MLM - Francazure

Boleh cuba klik dan baca. Kalau larat, baca sekali ruangan komen. Seperti biasalah ada yang cuba jadi hero menegakkan benang yang basah.

Biasanya yang tampil 'back up' adalah mereka yang berjaya / berduit/ berwang (beruang??)

Katanya mereka yang tak berjaya adalah mereka yang malas dan tak berusaha. Sistem itu tak salah, tapi kita yang salah sebab tak ikut. Itulah kebiasaan hujjah balasnya. Namun bagi saya, perkara seperti itu mudah dipatahkan dengan Garis Panduan MLM Syariah JAKIM.

Amat jelas sekali apa yang dipromosikan dalam training francazure sdn bhd itu begitu bertentangan dengan garis panduan yang telah ditetapkan. Apa perlu sehingga RM 33/34 ribu untuk menyertai MLM. Itu juga rasanya salah kerana membeli pangkat. Kemudian lakukan head hunting. Apa pun, pastikan anda teliti dahulu jika diberi peluang perniagaan. Jangan terus setuju dan angguk. Lebih-lebih lagi modalnya berpuluh-puluh ribu.

Yang menanggung hutangnya nanti kita juga. Upline semua apa peduli.

Dah dapat duit, selamatlah kita terkapai sendirian.

Jangan lupa rujuk garis panduan MLM Syariah JAKIM. Nak menilai, tak perlu masuk jadi ahli pun.

Friday, 4 November 2016

MARKETING PLAN DCHL/Franczure



















1. Marquis Personal Group Bonus: 2%
2. Marquis Generation Bonus: Total 6%
3. Duke Generation Bonus: Total 2%
4. Asia Profit Sharing: 
i. Marquis = 1.5%
ii. Duke = 1%
iii. Arch Duke = 1%

Wednesday, 6 July 2016

Cerita MLM - Hari Raya Hari Mencari Prospek

Assalamualaikum dan selamat hari raya. Masih lagi kita dalam mood beraya sekarang ni kan walaupun rata-rata daripada kita dah mula bekerja sekarang ni. Kebanyakan kita cuti raya hampir seminggu. Tapi bagi ahli MLM haram seperti France Azure, diorang tak pernah bercuti sebenarnya. Hari yang ada adalah hari untuk mencari prospek, walaupun tengah beraya.

Saya bukan cakap kosong berdasarkan pemikiran saya sendiri. Saya dapat mesej ni daripada sorang ahli MLM yang merupakan salah seorang daripada network saya pada hari raya pertama yang lalu. Dia hantar mesej di Facebook dan juga SMS. Katanya macam ni lebih kurang:

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ampun maaf bla..bla..bla. Musim raya ni adalah musim yang paling sesuai dan senang untuk dapatkan seberapa ramai prospek yang boleh. Bla..bla..bla..

Orang nak beraya, ziarah-menziarahi tapi dia sibuk nak mengejar downline untuk cari duit raya masuk poket sendiri. Makin lama makin jelek saya tengok mamat ni. Apa yang ada dalam kepala dia hanyalah cari downline, cari downline, cari downline. Kononnya nak ubah hidup kawan-kawan ke arah yang lebih baik. Ubah hidup dengan mengajak join MLM?? Hei, come on la. Orang dah elok-elok buat kerja halal tapi kau nak ajak buat kerja haram pulak. Ubah hidup daripada yang halal kepada yang haram?? Ya Allah, apa sudah jadi dengan dunia sekarang??


Mana bukti MLM ni haram? Tak perlu hitam putih daripada pak mufti, ustaz ustazah atau pak-pak haji untuk penjelasan halal haram MLM ni. Korang sendiri boleh berfikir dengan asas halal haram yang korang tahu. Melainkan korang betul-betul jahil dengan hal ini bolehlah rujuk kepada mereka yang lebih arif. Tapi perlu berhati-hati juga, ada juga pak-pak ustaz atau abang-abang haji yang bias, yang lebih ke arah menghalalkan MLM haram ni sebab diri sendiri dah terjebak dengan bisnes menganiaya orang semata-mata ni. Carilah yang berpengetahuan dan tak bias.

Skim Piramid MLM

APA YANG MENARIK TENTANG FRANCAZURE? 1. CARA DAPAT INCOME LUMAYAN Peringkat awal, anda hanya perlu mendapatkan hanya 5 orang diba...